Skip to content

Aktiviti Pelajar

TAHNIAH! ADIK MUHAMMAD HAZIQ HAKIM BIN MUHAMMAD

  • by

Alhamdulillah atas kejayaan adik Muhammad Haziq Hakim bin Muhammad dalam mengkhatamkan 30 juzuk hafazan al-Quran. Jutaan penghargaan buat guru pembimbing Ustaz Burhanuddin (Burhan Mahadar) dan guru-guru serta rakan-rakannya. Tahniah buat kedua ibubapa dan ahli keluarganya. Mudah-mudahan menjadi pemangkin semangat buat rakan-rakannya yang lain. Moga Al-Quran yang dihafaz dapat terus dipelihara. Beramal dan berakhlak dengan Al-Quran.

MAJLIS RESTU ILMU PELAJAR SPM 2021

  • by

6 Februari 2022, alhamdulillah selesai majlis restu ilmu pelajar SPM bagi sesi 2021. https://www.facebook.com/100032398143044/videos/635658147549963/

JADUAL GERAK GEMPUR SMA & SPM 2021

  • by

InsyaAllah sepanjang cuti perayaan Depavaali yang bermula pada hari ini, anak-anak pelajar SMATT akan terus mengikuti program gerak gempur peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) & Sijil Menengah Agama (SMA) yang akan diduduki pada penggal pertama tahun 2022 akan datang. Mohon doakan anak-anak ini untuk terus gagah dan gigih dalam perjuangan menuntut ilmu seterusnya mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

Johan Pertandingan Video Merdeka SMATT 2021

  • by

Pada 31 Ogos 2021, diumumkan Johan untuk Pertandingan Video Merdeka. Tahniah diucapkan kepada Arina Zawani Binti Mat Som daripada Tingkatan 4 Zubair al-Awwam. Memang terbaik video yang diberikan. Penuh dengan informasi dan kreatif. Jom sama-sama kita saksikan di link di bawah. https://www.facebook.com/100032398143044/videos/145443101088339/

PROGRAM SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN SMATT 2021

  • by

PROGRAM SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN SMATT 2021 Bersempena Bulan Kemerdekaan 2021 ini, pihak sekolah Smat At Tanwiriah Tahfiz akan menganjurkan program-program menarik buat para pelajar yang bertemakan “MALAYSIA PRIHATIN!” Antara yang menarik ialah : – Pertandingan Video Merdeka – Pertandingan Merekacipta Poster Merdeka – Kuiz MerdekaDan bermacam-macam lagi! Pihak sekolah juga menyediakan Hadiah Wang Tunai berjumlah sehingga RM1800 untuk dimenangi termasuk Hadiah Cabutan Bertuah buat para pelajar. Para pelajar yang disayangi… Read More »PROGRAM SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN SMATT 2021

Ujian Kelayakan Darjah Khas (UKDK)

  • by

Pada 12 Januari 2021, Alhamdulillah, Berakhirnya ujian kelayakan Darjah Khas (UKDK) Tahun 6 yang berlangsung selama dua hari. UKDK ini merupakan ujian yang menggantikan SDEA tahun 6. Maan Najah semuanya. Moga beroleh keputusan yang baik dan layak ke darjah Khas nanti. آمين يا رب العالمين.

TAHNIAH ADIK NUR EMAN PUTRA

  • by

Alhamdulillah. Menutup tirai tahun 2020 (30 hb hingga 31hb Disember 2020), pelajar kami Adik Nur Eman Putra Bin Md Zainuddin telah berjaya melalui ujian Syahadah Al-Quran 30 Juz. Pihak madrasah amat bersyukur dan mengucapkan tahniah buat beliau dan kedua ibu bapanya. Semoga perjalanan menuntut ilmu Al-Quran dipermudahkan urusan dan dapat menyampaikan manfaat Al-Quran buat seluruh umat InsyaAllah.