Skip to content

MTAQ Tanwiriah

Majlis Penutup Minggu Kemerdekaan SMATT 2022

  • by

18 September 2022: Tahniah diucapkan kepada Kumpulan Mat Kilau yang berjaya menggondol gelaran Juara Keseluruhan untuk pertandingan-pertandingan yang dijalankan sepanjang Minggu Kemerdekaan SMATT 2022. Untuk lebih gambar & video program ikuti kami melalui channel telegram berikut: https://t.me/MediaSmatt

Sambutan Ambang Merdeka kali ke-65 Peringkat SMATT 2022

  • by

30 Ogos 2022: Terima kasih diucapkan kepada Tuan Inspektor Mohd Faiz Esa daripada IPD Segamat yang sudi hadir bagi memberi pengisian ceramah kemerdekaan untuk anak-anak SMATT. Sebelum sesi ceramah, anak-anak juga ditayangkan dengan filem Leftenan Adnan bagi menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan dalam diri pelajar. Untuk lebih gambar & video program ikuti kami melalui channel telegram berikut : https://t.me/MediaSmatt

Hari Terbuka SMATT 2022

  • by

31 Ogos 2022: Telah berlangsung dengan jayanya program Hari Terbuka SMATT pada hari ini kehadiran ibubapa penjaga yang sungguh menggalakkan. Terima kasih kepada semua ibubapa penjaga atas penglibatan dalam program yang dianjurkan ini. Objektif utama penganjuran program ini adalah untuk ibubapa penjaga pelajar hadir dan melihat sendiri perkembangan sahsiah dan prestasi pelajaran anak-anak sepanjang setengah tahun sesi persekolahan berjalan. Ini menunjukkan yang pihak sekolah sentiasa terbuka untuk menerima sebarang respon,… Read More »Hari Terbuka SMATT 2022

PENGAMBILAN PELAJAR FAST TRACK SPM BAGI SESI PERSEKOLAHAN 2023 KINI DIBUKA!

  • by

Menarik menanti pelajar : Kelas ulangan hafazan tahfiz Kelas pembelajaran SPM dengan modul FAST TRACK (Silibus 2 tahun Ting. 4&5 digabungkan) Kelas tambahan bersama guru-guru berpengalaman sekitar Muar Suasana pembelajaran yang kondusif dengan bilik tingkatan berhawa dingin Pelbagai kursus motivasi & seminar Ayuh tuan/puan sekalian, daftarkan anak-anak anda segera menjadi sebahagian daripada warga SMATT di pautan web berikut : https://my02.awfatech.com/main/appsps/stureg/stureg_status.php?sysapp=tanwiriah Sebarang pertanyaan Hubungi: 069874240 (Pejabat) +60 11-3565 4240 (Talian Rasmi… Read More »PENGAMBILAN PELAJAR FAST TRACK SPM BAGI SESI PERSEKOLAHAN 2023 KINI DIBUKA!

PENGAMBILAN PELAJAR BAGI SESI PERSEKOLAHAN 2023 KINI DIBUKA!

  • by

Menawarkan silibus pengajian : Tahfiz 3 Juz Setahun Diniyah – KBD & KBSMA (SMRA, PMRA & SMA) Akademik – KSSM (SPM) Aktiviti Kelab & Persatuan Ko-Kurikulum Aktiviti Sukan Madrasah tahunan Pelbagai kursus motivasi & seminarAyuh tuan/puan sekalian, daftarkan anak-anak anda segera menjadi sebahagian daripada warga SMATT di pautan web berikut : https://my02.awfatech.com/main/appsps/stureg/stureg_status.php?sysapp=tanwiriah Sebarang pertanyaan Hubungi TELEFON: 069874240 (Pejabat) WHATSAPPS: +60 11-3565 4240 (Talian Rasmi WhatsApp)

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2022

  • by

Sepanjang 2 minggu ini (7-18 Ogos 2022) berlangsungnya sesi Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT) bagi sesi persekolahan 2022. PPT yang menjadi rutin tahunan sekolah ini dijalankan bagi mengukur pencapaian pelajar sejak bermulanya sesi persekolahan pada bulan Mac yang lalu. Mohon doakan agar anak-anak pelajar ini dapat menjawab soalan ujian dengan baik seterusnya memperoleh keputusan yang cemerlang

Kejohanan Catur MSSD Muar 2022

  • by

4 Ogos 2022: Tahniah diucapkan kepada Muhammad Ameer Faidh Bin Muhammad atas kejayaan menduduki tempat ke-5 bagi Kategori B15. Satu kejayaan yang membanggakan bagi seluruh warga Tanwiriah

PERTEMUAN BERSAMA PEWAKAF MADRASAH

  • by

28 Jun 2022: Alhamdulillah selesai pertemuan dgn pewakaf Tn Hj Muhammad Hussin pagi tadi. Semoga ALLAH terus murahkan rezeki Tn Hj serta dipermudahkan segala urusannya, Amin.

TAHNIAH MUS’AD MUJAHID!

  • by

Alhamdulillah, madrasah semalam menerima khabar gembira berganda atas kejayaan 2 anak didik Madrasah yang telah berjaya mengkhatamkan AlQuran 30 Juz hari ini. Dari sudut pencapaian madrasah, kedua pelajar ini merupakan pelajar yang ke 56 dan ke 57 yang telah berjaya mengkhatamkan AlQuran 30 Juz sejak penubuhan madrasah tahun 2009.Tahniah diucapkan kepada Adik Muhammad Ammar Bin Mohd Adli dan Adik Mus’ab Mujahid Bin Mohd Abdul Manaf. Tahniah buat kedua ibubapanya. Moga… Read More »TAHNIAH MUS’AD MUJAHID!

TAHNIAH AMMAR!

  • by

Tahniah diucapkan kepada Muhammad Ammar yang telah berjaya mengkhatamkan hafazan Alquran 30 Juzuk pada hari ini. Biodata Ringkas: Nama: Muhammad Ammar Bin Mohd Adli Umur: 16 Tahun Tarikh: 27 Jun 2022 Masa: 10:15am Tempoh: 3 Tahun 6 Bulan 27 Hari Tahniah dan terima kasih kepada ibu dan bapa Muhammad Ammar atas doa yang tidak putus putus dari hari pertama lagi. Semoga dengan kejayaan Muhammad Ammar ini, dapat memberikan suntikan semangat… Read More »TAHNIAH AMMAR!