MAJLIS RESTU ILMU PELAJAR SPM 2021
6 Februari 2022, alhamdulillah selesai majlis restu ilmu pelajar SPM bagi sesi 2021. https://www.facebook.com/100032398143044/videos/635658147549963/
6 Februari 2022, alhamdulillah selesai majlis restu ilmu pelajar SPM bagi sesi 2021. https://www.facebook.com/100032398143044/videos/635658147549963/
Isnin, 15 November 2021 – Alhamdulillah selesai sudah ujian lisan percubaan SPM bagi 2021 untuk hari pertama.
InsyaAllah sepanjang cuti perayaan Depavaali yang bermula pada hari ini, anak-anak pelajar SMATT akan terus mengikuti program gerak gempur peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) & Sijil Menengah Agama (SMA) yang akan diduduki pada penggal pertama tahun 2022 akan datang. Mohon doakan anak-anak ini untuk terus gagah dan gigih dalam perjuangan menuntut ilmu seterusnya mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.
Anda pelajar Tahfiz sepenuh masa? Anda ada anak pelajar tahfiz sepenuh masa? Tiada asas akademik? Tetapi ingin mengambil SPM? Ayuh, mendaftarlah sekarang sebagai pelajar FAST TRACK SPM SMATT 2022. Tahukah Anda kelebihan yang ada? 1. Tahun 2022 merupakan tahun ke-4 SMATT mengendalikan kelas fast track SPM. 2. Kelas berhawa dingin. 3. Guru berpengalaman. 4. Keputusan pelajar Cemerlang (Rekod keputusan terbaik SPM 2020 : 3 calon mendapat keputusan 7A.) Maka, tunggu… Read More »PENDAFTARAN FAST TRACK SPM 2022 KINI DIBUKA
“Bila anak² nampak kecenderungan dan minat pada menghafaz AlQuran, ambillah peluang ini untuk dapatkan pengajian hafazan lebih tersusun.” Madrasah Tahfiz AlQuran At-Tanwiriah, Parit Jawa,Muar,Johor membuka permohonan terhad bagi kemasukan tahun 2022. 20 orang pelajar sahaja. 👥Syarat Permohonan : 1. Lelaki sahaja berumur 11 – 13 tahun. 2. Minat dan bersungguh untuk menghafaz AlQuran. 3. Sedia ditarbiyah dan tiada masalah displin. 4. Lulus temuduga. 📚Silibus disediakan : 1. Hafazan AlQuran 30… Read More »PENGAMBILAN PELAJAR TAHFIZ 2022
Berita dari Turki الحمد لله ثم الحمد لله Alumni SMATT pertama ke Turki iaitu Zahirul Amin Bin Mohamad telah tiba ke Gaziantep University bersama Mudir Am Mtaq Tanwiriah Ustaz Kamalulnizam Mohd Suhut.Semoga Zahirul diberi hidayah & taufik serta kekuatan untuk menuntut ilmu di sana. Semoga berjaya!
Pada Hari Isnin, 11 Oktober 2021, sedang berlangsung sesi temuduga secara atas talian bagi pengambilan pelajar baru Smat At Tanwiriah Tahfiz bagi sesi persekolahan 2022 untuk slot pertama. Bagi pelajar yang belum berkesempatan untuk mendaftar, boleh terus hubungi talian di bawah bagi tempahan slot sesi temuduga kedua yang berlangsung pada 15 November akan datang. Hubungi Sekarang Www.wasap.my/601135654240/Pelajarbaru2022 Cepat. Tempat adalah terhad!
Pihak Smat At Tanwiriah Tahfiz (SMATT) dengan ini membuka semua calon yang layak untuk menghadiri temuduga kemasukan ke SMATT bagi sesi persekolahan 2022 yang akan diadakan secara atas talian (online) pada 11 Oktober & 15 November 2021. Untuk pendaftaran, sila imbas kod QR yang tertera pada iklan atau hubungi terus pejabat SMATT melalui talian 06 987 4240 atau whatsapp ke talian 011 3565 4240. Ayuh, daftar segera! Tempat adalah terhad! #JomNgajiTanwiriah#SMATT#FastTrackSPM
Pada 31 Ogos 2021, diumumkan Johan untuk Pertandingan Video Merdeka. Tahniah diucapkan kepada Arina Zawani Binti Mat Som daripada Tingkatan 4 Zubair al-Awwam. Memang terbaik video yang diberikan. Penuh dengan informasi dan kreatif. Jom sama-sama kita saksikan di link di bawah. https://www.facebook.com/100032398143044/videos/145443101088339/
PROGRAM SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN SMATT 2021 Bersempena Bulan Kemerdekaan 2021 ini, pihak sekolah Smat At Tanwiriah Tahfiz akan menganjurkan program-program menarik buat para pelajar yang bertemakan “MALAYSIA PRIHATIN!” Antara yang menarik ialah : – Pertandingan Video Merdeka – Pertandingan Merekacipta Poster Merdeka – Kuiz MerdekaDan bermacam-macam lagi! Pihak sekolah juga menyediakan Hadiah Wang Tunai berjumlah sehingga RM1800 untuk dimenangi termasuk Hadiah Cabutan Bertuah buat para pelajar. Para pelajar yang disayangi… Read More »PROGRAM SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN SMATT 2021