Skip to content

Muar

PENGAMBILAN PELAJAR BAGI SESI PERSEKOLAHAN 2023 KINI DIBUKA!

  • by

Menawarkan silibus pengajian : Tahfiz 3 Juz Setahun Diniyah – KBD & KBSMA (SMRA, PMRA & SMA) Akademik – KSSM (SPM) Aktiviti Kelab & Persatuan Ko-Kurikulum Aktiviti Sukan Madrasah tahunan Pelbagai kursus motivasi & seminarAyuh tuan/puan sekalian, daftarkan anak-anak anda segera menjadi sebahagian daripada warga SMATT di pautan web berikut : https://my02.awfatech.com/main/appsps/stureg/stureg_status.php?sysapp=tanwiriah Sebarang pertanyaan Hubungi TELEFON: 069874240 (Pejabat) WHATSAPPS: +60 11-3565 4240 (Talian Rasmi WhatsApp)

Kejohanan Catur MSSD Muar 2022

  • by

4 Ogos 2022: Tahniah diucapkan kepada Muhammad Ameer Faidh Bin Muhammad atas kejayaan menduduki tempat ke-5 bagi Kategori B15. Satu kejayaan yang membanggakan bagi seluruh warga Tanwiriah

PERTEMUAN BERSAMA PEWAKAF MADRASAH

  • by

28 Jun 2022: Alhamdulillah selesai pertemuan dgn pewakaf Tn Hj Muhammad Hussin pagi tadi. Semoga ALLAH terus murahkan rezeki Tn Hj serta dipermudahkan segala urusannya, Amin.

TAHNIAH MUS’AD MUJAHID!

  • by

Alhamdulillah, madrasah semalam menerima khabar gembira berganda atas kejayaan 2 anak didik Madrasah yang telah berjaya mengkhatamkan AlQuran 30 Juz hari ini. Dari sudut pencapaian madrasah, kedua pelajar ini merupakan pelajar yang ke 56 dan ke 57 yang telah berjaya mengkhatamkan AlQuran 30 Juz sejak penubuhan madrasah tahun 2009.Tahniah diucapkan kepada Adik Muhammad Ammar Bin Mohd Adli dan Adik Mus’ab Mujahid Bin Mohd Abdul Manaf. Tahniah buat kedua ibubapanya. Moga… Read More »TAHNIAH MUS’AD MUJAHID!

TAHNIAH AMMAR!

  • by

Tahniah diucapkan kepada Muhammad Ammar yang telah berjaya mengkhatamkan hafazan Alquran 30 Juzuk pada hari ini. Biodata Ringkas: Nama: Muhammad Ammar Bin Mohd Adli Umur: 16 Tahun Tarikh: 27 Jun 2022 Masa: 10:15am Tempoh: 3 Tahun 6 Bulan 27 Hari Tahniah dan terima kasih kepada ibu dan bapa Muhammad Ammar atas doa yang tidak putus putus dari hari pertama lagi. Semoga dengan kejayaan Muhammad Ammar ini, dapat memberikan suntikan semangat… Read More »TAHNIAH AMMAR!

TAHNIAH UNTUK PELAJAR FAST TRACK SPM 2021

  • by

Pada 22 Jun 2022, Tahniah diucapkan kepada pelajar lepasan SPM 2022 dengan kejayaan kalian dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang lepas. Alhamdulillah 100% semua pelajar berjaya dalam SPM dengan pencapaian GPA 4.80. Daripada 25 pelajar SPM, seorang pelajar lelaki mendapat 8A straight, dua (2) orang pelajar dapat 6A dan seorang (1) pelajar dapat 4A. Alhamdulillah semua berkat guru yang mengajar serta usaha pelajar yang tidak kenal erti putus asa… Read More »TAHNIAH UNTUK PELAJAR FAST TRACK SPM 2021

IHYA’ RAMADAN SMATT 2022

  • by

19 April 2022: Hari ini berlangsungnya pertandingan tazkirah Ramadan di kalangan anak-anak pelajar SMATT. Semua peserta menampilkan aksi bersemangat dalam menghidupkan budaya ilmu di bulan Ramadan.

MINGGU TAARUF & ORIENTASI SMATT 2022

  • by

13 April 2022: Selesai Minggu Taaruf & Orientasi SMATT untuk hari ke-4. Pelajar diberi taklimat kesihatan oleh guru kesihatan Ustazah Zakiah Zulkifli dan penerangan berkenaan kaedah menghafaz Al-Quran yang betul oleh Ustaz Aiman Dahlan & Ustaz Nur Azam Amirudin. Setelah itu, para peserta mengikuti aktiviti LDK “You Can Do It” yang dikendalikan oleh anggota BADAR SMATT 2022.

MINGGU TAARUF & ORIENTASI SMATT 2022

  • by

Hari ke-2 Minggu Taaruf & Orientasi SMATT 2022 semua pelajar dibentangkan berkenaan buku panduan tatatertib dan disiplin pelajar SMATT yang disampaikan oleh Timb. Pengetua 2 (Hal Ehwal Murid) Ustaz Muhammad Firdaus Bin Arizal. Seterusnya pelajar-pelajar baru mengikuti sesi LDK “Sayakah Itu?” yang dikendalikan oleh anggota BADAR SMATT.