Skip to content

SMAT At-Tanwiriah

Notis : PENUTUPAN SEKOLAH BERSEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB)

  • by

1. Seperti sedia maklum, kerajaan Malaysia telah mengumumkan PKPB yang akan berkuatkuasa bermula 9 November 2020 sehingga 6 Disember 2020. 2. Pihak Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) melalui unit swasta juga telah mengeluarkan kenyataan berhubung arahan penutupan sekolah di seluruh negeri Johor dan pelajar-pelajar yang tinggal di Asrama juga disuraikan. 3. Sehubungan dengan itu, adalah diumumkan bahawa SMATT juga akan ditutup sepanjang tempoh PKPB dan semua penghuni asrama dibenarkan untuk… Read More »Notis : PENUTUPAN SEKOLAH BERSEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB)

PERUTUSAN MAULIDUR RASUL 1442H MTAQ AT-TANWIRIAH

  • by

Assalamualaikum Wbt. Pertamanya marilah kita merafakkan kesyukuran kepada Allah SWT. Selawat dan salam kepada junjungan Nabi SAW, para isteri dan keluarga baginda SAW, seterusnya golongan yang mengikut jejak langkah baginda SAW hingga ke hari kiamat. Tanggal 12 Rabi’ul Awwal yang disambut oleh majoriti umat Islam setiap tahun, merupakan hari ulang tahun kelahiran insan paling mulia, iaitu Nabi ﷺ ke bumi ini, dengan membawa 1001 rahmat ke seluruh alam. Firman Allah… Read More »PERUTUSAN MAULIDUR RASUL 1442H MTAQ AT-TANWIRIAH

Khatam Al-Quran 7 kali

  • by

Alhamdulillah dan tahniah buat adik Muhammad Haziq Hakimi bin Mohd Zaaba yang berjaya mengkhatamkan hafazan Al-Quran buat kali ke-7 sepanjang berada di Smat At Tanwiriah Tahfiz. Semoga Haziq terus diberi kekuatan untuk dapat terus kekal beramal dengan Al-Quran dan diberikan kejayaan dalam peperiksaan SPM yang bakal tiba.

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB KERTAS SPM PENDIDIKAN QURAN & SUNNAH

  • by

Pada 18 September 2020, Sekolah Menengah Agama At-Tanwiriah (Tahfiz) telah membuat Bengkel Teknik Menjawab Kertas SPM Pendidikan Quran & Sunnah (PQS) bersama Ustaz M Nazom Mohd Yusof, Guru Cemerlang PQS DG48 daripada SMKA Segamat. Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada ustaz atas kesudian ustaz meluangkan masa menyampaikan ilmu yang bermanfaat kepada anak-anak pelajar. Semoga dengan ilmu yang disampaikan kepada pelajar dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.

[VIDEO] NORMA BARU: MEMBENTUK GENERASI AL QURAN RABBANI

  • by

Walaupun Covid19 melanda di seluruh negara termasuk Malaysia, SMAT At-Tanwiriah masih meneruskan pembelajaran seperti tetapi dengan cara yang berbeza. Kaedah video conference diwujudkan kepada semua pelajar tahfiz bagi meneruskan generasi tahfiz Al-Quran. Kaedah ini dapat memudahkan pelajar merujuk kepada ustaz dengan lebih mudah serta pelajar dapat khatam Al-Quran dengan tempoh masa yang lebih cepat.

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB KERTAS BAHASA ARAB SPM

  • by

Pada hari Sabtu, 5 September 2020, SMAT At-Tanwiriah telah mengadakan Bengkel Teknik Menjawab Kertas Bahasa Arab SPM bersama Al Fadhil Ustaz Muhidir Tamjis dari SMK Pekan Baru, Muar. Terima kasih diucapkan kepada Al-Fadhil Ustaz atas kesudian ustaz hadir untuk membimbing anak-anak pelajar SPM kami. Semoga atas ilmu yang diberikan dapat dimanfaatkan oleh pelajar semua.

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB KERTAS MATEMATIK SPM

  • by

Pada hari ini 4 September 2020, SMAT At-Tanwiriah telah mengadakan Bengkel Teknik Menjawab Kertas Matematik SPM yang disampaikan oleh Cikgu Noorhana Bt Karim dari SMK Dato Sri Amar Diraja, Muar untuk calon-calon SPM. Bengkel ini diadakan untuk calon SPM fokus kepada teknik untuk menjawab soalan-soalan Matematik akan datang.