Skip to content

admin

KURSUS PEDAGOGI SIRI 2

  • by

Pada 22 Januari 2022, telah dijalankan kursus Pedagogi bagi seluruh guru di At-Tanwiriah. Kursus ini dapat memperjelaskan lagi konsep serta kaedah profiling pelajar serta tempat pengurusan bilik darjah. Terima kasih kepada Dr Zainudin B Abd Hamid dan Ust Solahuddin B Md Nor bagi ilmu yang di sampaikan. Semoga guru2 Tanwiriah semakin hebat dalam mendidik anak-anak Tanwiriah menjadi insan cemerlang dunia dan akhirat. Amin.

TAHNIAH! ADIK MUHAMMAD HAZIQ HAKIM BIN MUHAMMAD

  • by

Alhamdulillah atas kejayaan adik Muhammad Haziq Hakim bin Muhammad dalam mengkhatamkan 30 juzuk hafazan al-Quran. Jutaan penghargaan buat guru pembimbing Ustaz Burhanuddin (Burhan Mahadar) dan guru-guru serta rakan-rakannya. Tahniah buat kedua ibubapa dan ahli keluarganya. Mudah-mudahan menjadi pemangkin semangat buat rakan-rakannya yang lain. Moga Al-Quran yang dihafaz dapat terus dipelihara. Beramal dan berakhlak dengan Al-Quran.

MAJLIS RESTU ILMU PELAJAR SPM 2021

  • by

6 Februari 2022, alhamdulillah selesai majlis restu ilmu pelajar SPM bagi sesi 2021. https://www.facebook.com/100032398143044/videos/635658147549963/

JADUAL GERAK GEMPUR SMA & SPM 2021

  • by

InsyaAllah sepanjang cuti perayaan Depavaali yang bermula pada hari ini, anak-anak pelajar SMATT akan terus mengikuti program gerak gempur peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) & Sijil Menengah Agama (SMA) yang akan diduduki pada penggal pertama tahun 2022 akan datang. Mohon doakan anak-anak ini untuk terus gagah dan gigih dalam perjuangan menuntut ilmu seterusnya mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

PENDAFTARAN FAST TRACK SPM 2022 KINI DIBUKA

  • by

Anda pelajar Tahfiz sepenuh masa? Anda ada anak pelajar tahfiz sepenuh masa? Tiada asas akademik? Tetapi ingin mengambil SPM? Ayuh, mendaftarlah sekarang sebagai pelajar FAST TRACK SPM SMATT 2022. Tahukah Anda kelebihan yang ada? 1. Tahun 2022 merupakan tahun ke-4 SMATT mengendalikan kelas fast track SPM. 2. Kelas berhawa dingin. 3. Guru berpengalaman. 4. Keputusan pelajar Cemerlang (Rekod keputusan terbaik SPM 2020 : 3 calon mendapat keputusan 7A.) Maka, tunggu… Read More »PENDAFTARAN FAST TRACK SPM 2022 KINI DIBUKA

PENGAMBILAN PELAJAR TAHFIZ 2022

  • by

“Bila anak² nampak kecenderungan dan minat pada menghafaz AlQuran, ambillah peluang ini untuk dapatkan pengajian hafazan lebih tersusun.” Madrasah Tahfiz AlQuran At-Tanwiriah, Parit Jawa,Muar,Johor membuka permohonan terhad bagi kemasukan tahun 2022. 20 orang pelajar sahaja. 👥Syarat Permohonan : 1. Lelaki sahaja berumur 11 – 13 tahun. 2. Minat dan bersungguh untuk menghafaz AlQuran. 3. Sedia ditarbiyah dan tiada masalah displin. 4. Lulus temuduga. 📚Silibus disediakan : 1. Hafazan AlQuran 30… Read More »PENGAMBILAN PELAJAR TAHFIZ 2022

TAHNIAH!

  • by

Berita dari Turki الحمد لله ثم الحمد لله Alumni SMATT pertama ke Turki iaitu Zahirul Amin Bin Mohamad telah tiba ke Gaziantep University bersama Mudir Am Mtaq Tanwiriah Ustaz Kamalulnizam Mohd Suhut.Semoga Zahirul diberi hidayah & taufik serta kekuatan untuk menuntut ilmu di sana. Semoga berjaya!

SLOT PERTAMA TEMUDUGA KEMASUKAN PELAJAR BARU 2022

  • by

Pada Hari Isnin, 11 Oktober 2021, sedang berlangsung sesi temuduga secara atas talian bagi pengambilan pelajar baru Smat At Tanwiriah Tahfiz bagi sesi persekolahan 2022 untuk slot pertama. Bagi pelajar yang belum berkesempatan untuk mendaftar, boleh terus hubungi talian di bawah bagi tempahan slot sesi temuduga kedua yang berlangsung pada 15 November akan datang. Hubungi Sekarang Www.wasap.my/601135654240/Pelajarbaru2022 Cepat. Tempat adalah terhad!