Skip to content

admin

TAHNIAH ADIK NUR EMAN PUTRA

  • by

Alhamdulillah. Menutup tirai tahun 2020 (30 hb hingga 31hb Disember 2020), pelajar kami Adik Nur Eman Putra Bin Md Zainuddin telah berjaya melalui ujian Syahadah Al-Quran 30 Juz. Pihak madrasah amat bersyukur dan mengucapkan tahniah buat beliau dan kedua ibu bapanya. Semoga perjalanan menuntut ilmu Al-Quran dipermudahkan urusan dan dapat menyampaikan manfaat Al-Quran buat seluruh umat InsyaAllah.

PERUTUSAN TAHUN BARU 2021 MTAQ TANWIRIAH

  • by

Assalamualaikum wbt. Pertamanya marilah sama-sama kita meningkatkan rasa syukur kepada Allah swt kerana masih diberikan kesempatan untuk melangkah ke tahun baru 2021 pada hari ini. Jadikan tahun ini lebih baik daripada sebelumnya khususnya dalam konteks meningkatkan ilmu dan amal. Apa yang telah berlalu pada tahun lalu, jadikan pengajaran dalam kehidupan pada masa akan datang. Segala ujian dan cabaran yang dilalui mudah-mudahan memjadikan kita insan yang lebih matang dan baik dalam… Read More »PERUTUSAN TAHUN BARU 2021 MTAQ TANWIRIAH

Peperiksaan Percubaan SMA & SPM 2020

  • by

Pada 29 Disember 2020, Sekitar suasana persekolahan hari ke-2. Calon-calon SPM&SMA 2020 masing-masing hari ini sedang menyambung peperiksaan percubaan yang tertangguh akibat PKPB tempoh hari.Manakala pelajar-baru tingkatan 4&5 sedang mengikuti kelas hafazan harian. اللهم افتح فتوح العارفين وإلهاما الملائكة والمقربين. اللهم آمين.

Mesyuarat bersama guru SRAT

  • by

Pada 28 Disember 2020, Alhamdulillah, dapat bersama bermesyuarat dengan guru-guru Sri At-Tanwiriah Tahfiz.

TAHNIAH ADIK AZIERA!

  • by

الحمد لله ثم الحمد للهSYABAS & TAHNIAH!  Syabas & tahniah diucapkan kepada Nur Aziera Sofea Binti Amdan yang juga merupakan pelajar tingkatan 5 (Fast track) Smat At Tanwiriah Tahfiz kerana berjaya menggondol gelaran tempat ke-3 dalam Pertandingan Pidato Online 2020 peringkat negeri Johor. Pihak semoga amat berbangga atas kejayaan beliau. Ini dapat memberi impak yang sangat positif dan memberi contoh tauladan yang baik kepada semua pelajar terutamanya dalam mengisi masa terluang ketika… Read More »TAHNIAH ADIK AZIERA!

Temuduga kemasukan pelajar tahun 2021

  • by

Pada 18 Disember 2020, telah diadakan temuduga pelajar ke Sekolah Menengah Agama At-Tanwiriah Muar, Johor. Di sini, sekitar suasana temuduga kemasukan pelajar bagi sesi persekolahan 2021. Terima kasih kepada semua yang hadir. Calon-calon yang berjaya dan diterima masuk akan dihubungi oleh pihak sekolah dalam tempoh dua (2) minggu. Manakala calon yang tidak dihubungi dianggap tidak berjaya.Semoga Allah terus merahmati kita semua. Amin.

PENGUMUMAN: PENANGGUHAN TEMUDUGA KEMASUKAN SMATT 2021

  • by

Assalamualaikum WBT, Dukacita dimaklumkan bahawa temuduga pada 12 Disember 2020 pada hari Sabtu ini ditangguhkan kerana peningkatan kes Pandemik COVID19 di kawasan Parit Jawa. Tarikh temuduga baru telah kami tetapkan pada 18 Disember 2020 iaitu pada hari Jumaat. Segala kesulitan amat kesali. Semoga tuan/puan serta keluarga sentiasa dilindungi ALLAH S.W.T. Sekian, Terima Kasih.