[VIDEO] Tanwiriah Channel: Pentingnya tali persaudaraan
Rasulullah S.A.W sangat mementingkan hubungan persaudaraan dalam Islam. Hubungan tali persaudaraan menjadi matlamat hakiki kerana ia sangat kuat dengan hubungan hidup.
Rasulullah S.A.W sangat mementingkan hubungan persaudaraan dalam Islam. Hubungan tali persaudaraan menjadi matlamat hakiki kerana ia sangat kuat dengan hubungan hidup.
Pada 18 September 2020, pelajar-pelajar Sekolah Menengah Agama At-Tanwiriah (Tahfiz) telah mengikuti Daurah Tauhid bersama Ustaz Al-Fadhil Ustaz Syed Nasiruddin Syed Nasir , guru Maahad Johor juga penggubal soalan peperiksaaan SMA. Syukran jazilan dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada ustaz yang sanggup meluangkan masa dan menyampaikan ilmu yang penuh bermanfaat bagi membimbing anak-anak pelajar kami. Semoga dengan ilmu dan bimbingan ustaz dapat dimanfaatkan oleh pelajar-pelajar dalam peperiksaan malah dalam kehidupan seharian… Read More »SEPETANG DAURAH TAUHID BERSAMA USTAZ SYED NASIRUDDIN SYED NASIR
Pada 18 September 2020, Sekolah Menengah Agama At-Tanwiriah (Tahfiz) telah membuat Bengkel Teknik Menjawab Kertas SPM Pendidikan Quran & Sunnah (PQS) bersama Ustaz M Nazom Mohd Yusof, Guru Cemerlang PQS DG48 daripada SMKA Segamat. Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada ustaz atas kesudian ustaz meluangkan masa menyampaikan ilmu yang bermanfaat kepada anak-anak pelajar. Semoga dengan ilmu yang disampaikan kepada pelajar dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.
Alhamdulillah dan mabruk alaik diberikan kepada semua pelajar Madrasah Syahadah dan Madrasah Tahfiz At-Tanwiriah yang menyambung pengajian mereka ke Afrika Selatan. Semoga ALLAH permudahkan segala urusan pengajian anak-anak madrasah di sana dan kembali dengan segunung kejayaan yang diimpikan. Aamminn. Syukran jazilan diucapkan kepada semua ustaz, ibu bapa serta keluarga yang membantu para pelajar dalam mendidik dan membangkitkan semangat mereka sehingga kini. Tidak lupa juga pada para penaja, penyumbang dan pewakaf… Read More »Batch ketiga ke bumi Afrika Selatan
Alhamdulillah pada 21 Jun 2019, 10 huffaz dari Madrasah Mstah Al Hidayah menyambung pengajian alim mereka di Afrika Selatan. Semoga kalian beroleh kejayaan. Jazakumullahu khyral jaza’ kepada semua penyumbang dan mereka yg mendoakan, ALLAH sahaja yang mampu membalasnya.
Alhamdulillah, 28 Jun 2018 batch pertama Madrasah sampai di Afrika Selatan. Semoga ALLAH permudahkan segala urusan pengajian anak-anak dan semua pelajar kami seramai 27 orang di sana, Amin. Syukran jazilan diucapkan kepada semua ustaz, ibu bapa serta keluarga yang membantu para pelajar dalam mendidik dan membangkitkan semangat mereka sehingga kini. Tidak lupa juga pada para penaja, penyumbang dan pewakaf yang memberikan sumbangan kepada pelajar untuk meneruskan lagi pengajian mereka. Semoga… Read More »Batch Pertama ke Afrika Selatan
Alhamdulillah , pelajar sulong kami Muhamad Haikal Ibnu Azman . Sekarang belajar di Princess Naradhiwas University , Thailand. Doakan semoga Alif Haikal berjaya ye kawan-kawan. Pesanan bermakna daripada alumni Madrasah (Muhamad Haikal Ibnu Azman) untuk pelajar-pelajar Madrasah: “Ucapan ringkas untuk sahabat sahabat dan pelajar di madrasah Mtaq Tanwiriah yang sedang berjuang mengkhatamkan al-quran dan ada juga sedang dalam proses syahadah. Ana tahu bukan mudah nak khatam, tapi semua bergantung pada… Read More »Pelajar Sulong di bumi Thailand
Alhamdulillah, rezeki anak-anak SRATT . Terima kasih pada penyumbang makanan rehat murid hari ini. Semoga dilimpahkan rezeki yang baik untuk kita semua.
Pada 8 September, ustaz Abdul Aziz Al-Jauhari meluangkan masa dengan memberi motivasi pagi bersama-sama murid SRATT tahun 6 yang bakal menghadapi ujian hafazan UKDK hari ini, 9 September 2020. Terima kasih kepada ustaz yang sanggup meluangkan masa dan berkongsi ilmu bersama-sama murid. Semoga perkongsian tersebut dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh murid-murid semua. Insya Allah.